Objektif

SEKOLAH KEBANGSAAN JEMENTAH KM22 JALAN MUAR, 85200 JEMENTAH, SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM.

 
MENU
Laman Utama
Pengenalan
Objektif
Sejarah
Organisasi
Lagu Sekolah
Pencapaian
Aktiviti
Galeri
Hubungi Kami
E - TIUSYEN
BULETIN
ONLINE AKHBAR
PAUTAN
Monday 26 May 2008
OBJEKTIF
1. Menambah serta memupuk minat belajar yang tinggi dan berkekalan dikalangan murid-murid.

2. Menghapuskan sikap cepat mengalah, tidak apa dan acuh tak acuh dikalangan
warga sekolah di dalam melaksanakan tanggungjawab. Sebaliknya mewujudkan semangat berlumba- lumba dan daya saing yang tinggi terhadap pencapaian yang cemerlang.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa murid-murid yang cemerlang adalah harta yang
sangat berharga bagi negera dan sebaliknya.

4. Menanam nilai-nilai murni bagi mewujudkan kepekaan yang tinggi terhadap
perubahan supaya kejayaan cemerlang dapat diperolehi dalam semua bidang
akademik, bukan akademik dan sosial.

5. Meningkatkan ciri-ciri kepimpinan di kalangan warga sekolah.


MISI
Bagi memastikan visi tercapai misi berikut hendaklah disempurnakan:

1. Menghasilkan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang

2. Menghasilkan murid teguh beriman kepada Tuhan

3. Menghasilkan murid yang mempunyai akhlak terpuji

4. Menghasilkan murid yang mempunyai pencapaian cemerlang di dalam kegiatan
ko-kurikulum


VISI
Sekolah Kebangsaan Jementah Menuju Ke Arah Kecemerlangan Menjelang Tahun 2010
posted by Admin @ 00:10   0 comments

*****

*****

© 2008 Objektif by SKJ
@2008 Hakcipta Terpelihara. Laman web ini dibina & direka oleh WKL.